Thursday 27 August 2015

PENGENALAN

BIODATA DIRI KAMI BROTHERHOOD ...

NAMA : FAZLEY FAHRIM BIN MOHD ZAKE
ASAL   : JOHOREAN

NAMA : MUHAMMAD ZARIFF AQIL BIN ZAMANI
ASAL   : KUALA LUMPUREAN

NAMA : MUHAMMAD AMIRUL IRFAN BIN ZAINAL
ASAL   : SELANGOREAN

NAMA : MUHAMMAD AFIQ ZULKARNAIN BIN MAZLAN
ASAL   : SANDAKANREAN

NAMA : LUKMANUL IKHWAN MUSLIMAT BIN ISHAK
ASAL   : TAWAUREAN








      Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17.    Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.



   Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British 1824 sehingga 1957 dan Jepun 1941 sehingga 1945.





BELANDA DI MELAKA

  • Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia.
  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
  • Akhirnya pada tahun 1641,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.
  • Selepas menguasai Pelabuhan Melaka ,Belanda (V.O.C) telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut :                                                                 1.Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk                        berdagang di Melaka.                                                                                                                    2.Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (terutama di                                 Perak,Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja               Melayu.
  • Ketika menduduki Melaka,Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.
  • Pedagang Cina dikatakan amat meminati timah-timah dari Tanah Melayu.
BELANDA DI PERAK


   Pada tahun 1655,iaitu semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720),sekali lagi Truijtman ke Perak untuk menuntut perkara-perkara yang berikut:
 (a)Perjanjian supaya diperbaharui.                                                                  (b)Memonopoli bijih timah sepenuhnya.                                                            (c)Menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.

 (d)Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam              serangan sebelum ini.

BELANDA DI MELAKA
  • Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar,terutama bagi membeli timah.
  • Di Kuala Selangor,satu bahara timah dapat dijual dengan harga 38 rial.Apabila Belanda menawarkan harga 36 rial sebahara timah di Selangor,harga semasa meningkat kepada 39 rial.
  • Pada tahun 1757,Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang mengusai daerah Linggi.Linggi sememangnya penting dari segi pengeluaran timah.
  • Dalam pertempuran tersebut ,Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis.Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada thun 1758 bahawa daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.
  • Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim (1778-1826) dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor,iaitu:                                       (a)Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor kepada British          dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada                  Belanda.                                                                                               (b)Mengadakan hubungan yang baik dengan British bagi mengelakkan         ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka.



Wednesday 20 May 2015

KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU

KESAN PENJAJAHAN BELANDA TERHADAP TANAH MELAYU

Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh penjajahan belanda di tanah melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort),Pulau Pangkor.





Ekonomi
Kedatangan kuasa Barat di Asia Tenggara telah merubah keadaan ekonomi negara yang dijajah. Di Tanah Melayu, kegiatan perlombongan dan perladangan getah telah dijalankan secara besar-besaran bagi memenuhi keperluan perkilangan di Britain. Manakala di Indonesia, Belanda telah memperkenalkan beberapa dasar Ekonomi yang hanya menguntungkan mereka seperti Dasar Kultur, Dasar Liberal, dan Dasar Etika. Dasar-dasar ini dilaksanakan dengan penuh muslihat sehingga menjadikan Belanda sebagai satu kuasa Barat yang kaya di Eropah. Tetapi masyarakat peribumi di Indonesia masih lagi mundur ditindas semata-mata untuk kepentingan pihak Belanda.




Wednesday 4 March 2015

FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU

 FAKTOR PENJAJAHAN BELANDA





     Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke 17 bagi memperolehi rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga 1627 telah gagal.  Namun orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah perahu perang membawa 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14 Januari 1641 Belanda berkuasa di Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki Melaka(1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja . Ini menimbulkan penentangan orang Melayu khususnya pembesar-pembesar terutama di Naning, Perak, Johor, dan Selangor.


      Era penjajahan Portugis berakhir setelah 130 tahun menjajah Melaka dan bermula pula era penjajahan Belanda. Ekspedisi yang terawal tiba di Kepulauan Melayu pada tahun 1559. Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana hendak mendapatkan bahan-bahan rempah, buah pala dan cengkih. Ini telah mendorong pedagang-pedagang Belanda ini bergabung membentuk “Syarikat Bersatu Hindia Timur” pada 20 Mac 1602 yang digelar V.O.C.Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli perdagangan bijih timah.Mereka juga ingin menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain Melaka.Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.


       Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di negara ini dengan melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walaubagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari sikap mereka itu.Persaingan perdagangan antara Johor dan Belanda sejak persahabatan mereka terjalin selepas kejatuhan Portugis di Melaka nampaknya menjadi seolah-olah “retak menanti belah”. .Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.


    Belanda di Melaka berusaha menguasai perdagangan di selat Melaka khususnya bijih timah. Oleh itu Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak menarik .

Monday 23 February 2015

KESIMPULAN PENJAJAHAN BELANDA DI TANAH MELAYU

 Kesimpulan

Kekayaan sumber alam telah menarik perhatian kuasa-kuasa asing untuk menjajah negara kita.  Ketiadaan persefahaman dan perebutan kuasa telah menyebabkan kuasa-kuasa asing dengan mudah berjaya menjajah apabila mereka telah cuba untuk campur tangan dengan memihak kepada pihak yang mereka rasakan berkuasa, dan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka.





IKTIBAR



IKTIBAR YANG DAPAT KITA SIMPULKAN DARI PENJAJAHAN BELANDA  :

DIRI:

1) Kita tidak harus cepat mempercayai kuasa luar untuk mendapatkan kemerdekaan.
2) Kita perlu contohi sikap askar Jepun yang begitu taat kepada Raja mereka. 

MASYARAKAT:

1) Kita perlu bersatu-padu menentang orang yang mahu menguasai negara kita.
2)Masyarakat perlu ada inisiatif untuk belajar agar dapat menambah ilmu pengetahuan. Masyarakatyang berilmu boleh memimpin negara 

NEGARA:

1) Kita tidak perlu orang luar untuk membantu kita. 
2) Para pemimpin perlu bijaksana agar tipu helah musuh dapat dikesan lebih awal.






RUMUSAN


  • wajayu.blogspot.com
  • siangmalam46.blogspot.com
  • wajayu.blogspot.com
  • http://www.scribd.com/doc/20392397/Zaman-Penjajahan-PNBM#scribd
  • Pengajian Malaysia,Edisi Kelima.Oxford Fajar Sdn.Bhd