Thursday, 27 August 2015

PENGENALAN

BIODATA DIRI KAMI BROTHERHOOD ...

NAMA : FAZLEY FAHRIM BIN MOHD ZAKE
ASAL   : JOHOREAN

NAMA : MUHAMMAD ZARIFF AQIL BIN ZAMANI
ASAL   : KUALA LUMPUREAN

NAMA : MUHAMMAD AMIRUL IRFAN BIN ZAINAL
ASAL   : SELANGOREAN

NAMA : MUHAMMAD AFIQ ZULKARNAIN BIN MAZLAN
ASAL   : SANDAKANREAN

NAMA : LUKMANUL IKHWAN MUSLIMAT BIN ISHAK
ASAL   : TAWAUREAN








      Tanah Melayu merupakan kawasan yang strategik yang berada di tengah-tengah jalan perdagangan antara timur dan barat. Sumber alam semulajadinya yang melimpah luah seperti rempah, bijih timah dan hasil-hasil hutan menarik minat kuasa asing dari eropah untuk menguasainya. Portugis, Belanda, British dan Jepun adalah kuasa-kuasa asing yang telah menjajah Tanah Melayu dan mengaut hasil bumi Tanah Melayu untuk kepentingan mereka. Orang Belanda mula berdagang di kepulauan melayu pada abad ke-17.    Pusat perdagangan utamanya ialah di Betawi(jakarta) di pulau Jawa.mereka menubuhkan syarikat hindia timur Belanda(voc) , pada tahun 1602 dengan tujuan untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan melayu , disamping untuk memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri melayu . Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat utama untuk menarik pedagang-pedagang di Betawi . Dalam tahun 1641 Portugis di Melaka dapat dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor .Bagaimanapun Portugis,Belanda tidak banyak meningalkan kesan sejarah kepada penduduk di negara ini.
Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negeri-negeri melayu adalah menjadi idaman kuasa-kuasa barat , untuk tujuan mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di kepulauan melayu.



   Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Portugis menakluki Melaka pada 1511 sehingga 1641, Belanda pada tahun 1641 sehingga 1824, British 1824 sehingga 1957 dan Jepun 1941 sehingga 1945.





BELANDA DI MELAKA

  • Pada tahun 1619,Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa.Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada para pedagang dari seluruh dunia.
  • Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali.
  • Akhirnya pada tahun 1641,Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.
  • Selepas menguasai Pelabuhan Melaka ,Belanda (V.O.C) telah melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka seperti yang berikut :                                                                 1.Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas kebenaran berdagang untuk                        berdagang di Melaka.                                                                                                                    2.Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu (terutama di                                 Perak,Selangor dan Sungai Ujong) dengan menandatangani perjanjian dengan raja-raja               Melayu.
  • Ketika menduduki Melaka,Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.
  • Pedagang Cina dikatakan amat meminati timah-timah dari Tanah Melayu.
BELANDA DI PERAK


   Pada tahun 1655,iaitu semasa pemerintahan Sultan Mahmud Iskandar (1653-1720),sekali lagi Truijtman ke Perak untuk menuntut perkara-perkara yang berikut:
 (a)Perjanjian supaya diperbaharui.                                                                  (b)Memonopoli bijih timah sepenuhnya.                                                            (c)Menuntut ganti rugi sejumlah 50 ribu rial akibat kerosakan loji.

 (d)Menuntut kerajaan Perak menghukum orang-orang yang terlibat dalam              serangan sebelum ini.

BELANDA DI MELAKA
  • Kuala Selangor telah menjadi tumpuan saudagar-saudagar,terutama bagi membeli timah.
  • Di Kuala Selangor,satu bahara timah dapat dijual dengan harga 38 rial.Apabila Belanda menawarkan harga 36 rial sebahara timah di Selangor,harga semasa meningkat kepada 39 rial.
  • Pada tahun 1757,Belanda pernah mengalahkan orang Bugis yang mengusai daerah Linggi.Linggi sememangnya penting dari segi pengeluaran timah.
  • Dalam pertempuran tersebut ,Belanda telah berjaya mengalahkan orang Bugis.Satu perjanjian telah dibuat antara Belanda dengan orang Bugis terbabit pada thun 1758 bahawa daerah Klang,Linggi dan Rembau mestilah menjual semua hasil timah mereka ke Melaka dengan harga yang ditetapkan oleh Belanda.
  • Pada tahun 1770-an,Sultan Ibrahim (1778-1826) dikatakan memainkan dua peranan penting dalam ekonomi Selangor,iaitu:                                       (a)Sebagai pembekal semua hasil timah dari Selangor kepada British          dengan menawarkan harga yang lebih baik dan tinggi daripada                  Belanda.                                                                                               (b)Mengadakan hubungan yang baik dengan British bagi mengelakkan         ancaman-ancaman ketenteraan Belanda dari Melaka.



No comments:

Post a Comment